Mengenai PI1M
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI1M
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.
Peringkat awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampung ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.
Di beberapa bahagian kampung teruamanya di penempatan kampung tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.
Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampung Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018Program Lawatan Sambil Belajar Tabika Kemas Felda Endau
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2018
Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet.
Seterusnya dimulakan dengan pengenalan Klik dengan Bijak tentang keburukan dan kebaikan internet dalam menggunakan penggunaan seharian.
Diteruskan, dengan Aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan mewarna.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan goodies beg kepada peserta-peserta lawatan ke PI1M.
Bersurai.
baca selanjutnya
Karnival Sukan Rakyat
Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018
(8 .00 am)
Program dimulakan dengan membuka “Booth” pameran Pusat Internet 1 Malaysia
Pendaftaran nama-nama peserta untuk pertandingan.
Ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M dan Kilik dengan Bijak tentang info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet dalam menggunakan penggunaan seharian.
Diteruskan, dengan Aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan mewarna.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.
Bersurai.
baca selanjutnya
Program Kawalan kendiri dan Keselamatan Internet Bersama Politeknik Mersing
Aktiviti Terkini | 13 & 14 Mac 2018
12 Mac 2018 (09.00 am)
Pembukaan Both Pameran Pi1m Kluster Mersing bersempena program Reveal Global Business 4.0 Secret Anjuran MDEC dan politeknik ,disertakan program penilaian projek Akhir oleh penuntut – penuntut Politeknik Mersing
13 mac 2018 (09.00 Am)
Pembukaan Both Pameran Pi1m Kluster Mersing
Ceramah pengenalan Pi1M Dan Klik Dengan Bijak Oleh Pn Hazidah Harun(Pi1m Kg Baru Air Tawar) (bekas Pelajar Politeknik)
(10.00 Am)
Ceramah Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet Dari CMCF
(11.00 am)
Aktiviti Dan kuiz Klik Dengan Bijak.
(12.00 PM)
Makan minum dan Bersurai.
baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak Sekolah Kebangsaan Tenglu
Aktiviti Terkini | 07 Mac 2018
Program ini bertujuan memperkenalkan PI1M kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI1M menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI1M dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI1M pada masa akan datang.
Program ini dijalankan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 iaitu pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6.
Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI1M dan diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 2.30 petang dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI1M.
baca selanjutnya
Program Pesta Flora, Makanan dan Nenas tempatan
Aktiviti Terkini | 04 Mac 2018
Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet.
Seterusnya dimulakan dengan pengenalan Klik dengan Bijak tentang keburukan dan kebaikan internet dalam menggunakan penggunaan seharian.
Diteruskan, dengan Aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan mewarna.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.
Bersurai.
baca selanjutnya
Program Solekan Dan Andaman
Aktiviti Terkini | 24 Febuari 2018Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet. Seterusnya, aktiviti dijalankan iaitu Solekan Dan Andaman... baca selanjutnya
Program Kembali ke Sekolah Bersama Tabika kemas Sg Mengkuang
Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet. Seterusnya,dua (2) aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan Mencamtum nombor dan mewarna, Pertandingan Puzzle... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya
Program Intel® Learn Easy Step dan Entrepreneurship Basic
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniIntel telah memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital. Intel menyokong objektif dasar teknologi maklumat negara untuk menjadikan seorang dari setiap isi rumah celik IT menjelang 2020 serta berusaha untuk memperkasakan komuniti di seluruh negara dengan maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) dan akses kepada sumber-sumber dalam talian dan membawa bersama kebarangkalian yang tidak berkesudahan. baca selanjutnya
Program Pinjam Netbook Komuniti
Berita TerkiniProgram Pinjam Netbook adalah program yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Baru Air Tawar Mersing Johor dimana ahli - ahli yang berdaftar dibawah Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Baru Air Tawar Mersing Johor diberikan kemudahan pinjam Netbook untuk kegunaan ahli dengan syarat - syarat yang diberikan
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya