Hari Terbuka Pusat Internet Felda Nitar 2

5 Mei 2018 | Sabtu
8.30 pagi – 5.00 petang | Dewan Jubli Intan Mersing, Johor

Tujuan:
• Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak yang akan dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Dengan adanya program Hari Terbuka ini, masyarakat setempat diberi peluang untuk mendaftar menjadi ahli PI1M secara percuma. Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT, komuniti juga dapat diperkenalkan fungsi sebenar serta kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif.

Kelebihan:
• Mendidik pengunjung tentang pengguna jalur lebar dan ICT.
• Menaik taraf komuniti dengan pengguna jalur lebar.
• Memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan pengguna jalur lebar dan ICT.
• Merapatkan hubungan pihak pembekal perkhidmatan dengan masyarakat tempatan.
• Memberi pendedahan dan peluang kepada peniaga-peniaga di sekitar penduduk kampung bagi memperkenalkan produk dan perniagaan mereka.
• Memperkenalkan PI1M dan merapatkan lagi hubungan antara PI1M dan penduduk.

Penglibatan:
- Pengunjung program. - PI1M Felda Tenggaroh 2.
- PI1M Felda Nitar 2.
- PI1M Kampung Baru Air Tawar.
- PI1M Taman Lautan Biru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :