Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.

Peringkat awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampung ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.

Di beberapa bahagian kampung teruamanya di penempatan kampung tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampung Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2016

Aktiviti | 30 Disember 2016

Program ini adalah untuk memperingati Pengorbanan dan Jasa Nabi Muhammad SAW terhadap UmatNya... baca selanjutnya

Program Beramah Mesra bersama JKKK Kg Air Tawar

Aktiviti | 16 November 2016

Program ini adalah merapatkan hubungan silaturahim JKKK Kg Baru Air Tawar dengan Staff PI1M disamping itu, membincangkan tentang peranan dan perkhidmatan PI1M... baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya

Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kampung Baru Air Tawar

22 Oktober 2016| Aktiviti Terkini

Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kampung Baru Air Tawar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merasmikan PI1M Kg Baru Air Tawar yang telah beroperasi semenjak julai 2015. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abd Latif Bin Haji Bandi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Merangkap ADUN ENDAU dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Digi Telokomunikasi Sdn Bhd , Creative Century Management Sdn Bhd, Penduduk Kampung... baca selanjutnya

Program Tayangan Cerita semperna Hari Malaysia

24 September 2016 | Aktiviti Terkini

Sesi dimulakan dengan sedikit ucapan taklimat “Selamat Datang “ dari En. Hasbullah Mohamed bagi menerangkan Program Tayangan yang akan ditayangkan kepada penonton-penonton.

Tayangan diteruskan dengan cerita “Bukit Kepong”. Disamping itu, diselitkan jua pertandingan “colourmath”... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.baca selanjutnya

Program Lawatan Dari Tabika Kemas Sungai Mengkuang

9 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah untuk merapatkan hubungan Staff PI1M dengan guru-guru dan murid – murid Tadika Kemas. Ia jua sebagai sesi memperkenalkan PI1M kepada Warga Tadika Kemas... baca selanjutnya

Program Sambutan Hari Raya Bersama Pengguna PI1M

30 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti untuk diisikan bersesuaian dalam bulan Syawal dan mendidik serta malatih pengguna supaya berfikiran kreatif... baca selanjutnya

Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing

26 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti yang diadakan bersesuaian dalam bulan ramadhan untuk sedekah jariah serta mengeratkan hubungan bersama anak yatim dan badan-bahan kerajaan daerah Mersing yang terlibat... baca selanjutnya

Program Mewarna Bersama Pengguna PI1M

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2016

Program ini bertujuan memperkenalkan pi1m kepada masyarakat... baca selanjutnya

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016

Aktiviti Terkini | 18 - 19 Mei 2016

Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor... baca selanjutnya

Program Tayangan Filem 3D

Aktiviti Terkini | 23 April 2016

Program ini bertujuan memperkenalkan teknologi 3D dan cara- cara menggunakan kaca mata 3D... baca selanjutnya

Program Lawatan Sambil Belajar Tadika Kemas Kg Semanyir

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2016 2016

Program ini adalah untuk merapatkan hubungan Staff PI1M dengan guru-guru dan murid – murid Tadika Kemas. Ia jua sebagai sesi memperkenalkan PI1M kepada Warga Tadika Kemas... baca selanjutnya

Program Bersama Pra Sekolah

Aktiviti | 28 Februari 2016

Program ini adalah untuk merapatkan hubungan Staff PI1M dengan guru-guru dan pelajar-pelajar Pra Sekolah. Ia jua sebagai sesi memperkenalkan PI1M kepada Warga Pra Sekolah... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan... baca selanjutnya

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

8 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah untuk memperingati Pengorbanan dan Jasa Nabi Muhammad SAW terhadap UmatNya. Serta memperkenalkan PI1M kepada Ahli jawatankuasa masjid dan Penduduk Kg Penyabong.

lagi berita & aktiviti